Connect with us

Oh! Media

“Juri Berfikiran Cara Lama”, Datuk Hattan Kurang Setuju Dengan Senarai Lagu AJL35

Trending

“Juri Berfikiran Cara Lama”, Datuk Hattan Kurang Setuju Dengan Senarai Lagu AJL35

Wah, rupanya bukan netizen sahaja yang kurang setuju dengan senarai 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) Februari nanti, penyanyi lagenda Datuk Hattan pun sama!

ADVERTISEMENT

Kalau korang nak tahu, Hattan sebenarnya agak kecewa bila tengok senarai lagu yang tak terpilih. Hattan juga minta untuk juri berfikir dan nilai lagu dari luar kotak. Contohnya macam lagu Sembah dari Naim Daniel featuring Man Kidal. Kalau tanya Azmeer selaku ketua juri, beliau kata bunyi gitar dalam lagu tersebut sedikit sebanyak telah ganggu vokal nyanyian.

Tapi, bagi Hattan itu sebenarnya taktik marketing yang digunakan production lagu untuk tarik orang lama sama-sama mendengar dan enjoy. Hm, betul juga apa yang Hattan kata. Tambah Hattan lagi, cuba Azmeer dengar dan hayati lagu tersebut tanpa bunyi gitar, confirm layan.

Lagi satu, lagu Sakit dari Yonnyboii dan Zynakal. Bagi Hattan, lagu tersebut patut diketengahkan lagi sebab penjiwaan penyanyinya ketika nyanyikan lagu sangat feel. Tak perlu pun nada tinggi-tinggi, cukup dengan melodi dan lirik yang mendalam dah cukup nak beri kesan pada pendengar. Kalau betul lagu ini bukan lagu pertandingan macam yang dikatakan Azmeer, baik tak payah calonkan dari awal.

“Macam lagu Yonnyboii, penjiwaan yang hebat menerusi lagu Sakit wajar dihormati. Sekarang bukan lagi zaman menyanyi lagu nada tinggi atau rendah. Saya amat terkejut apabila Sakit gagal ke AJL35 kerana masih ada juri berfikiran cara lama. Kenalah bagi ruang untuk bakat baharu berkarya.” – katanya

Bagi Hattan, juri perlu sedar yang peminat kini inginkan sesuatu yang segar dan bukannya ikut trend lagu-lagu lama yang menjerit-jerit. Zaman itu semua dah berlalu. Jadi sebagai orang lama, kita perlu hormat dan beri peluang pada muzik untuk melalui fasa revolusi.

“Saya lihat juri nak pilih lagu yang menjerit-jerit sedangkan zaman itu sudah berlalu. Industri muzik kita sepatutnya perlu bergerak ke hadapan dan bukan mundur ke belakang atau berada di takuk lama.” – tambahnya.

Hm, ada betulnya juga apa yang Datuk Hattan kata. Harapnya pihak yang bertanggungjawab bolehlah buat tindakan atau pertimbangan sewajarnya. Jangan pula ambil komen yang diberi Datuk Hattan dari sudut negatif. Bukan apa, kita semua nak kan kemajuan dalam industri muzik negara kita. Jadi kadang-kadang, memang kita perlukan juga kritikan yang membina untuk improvement.

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas