Connect with us

Oh! Media

“Jangan Benci Kakak, Kakak Tak Sengaja” – Ibu Cerita Situasi Kejadian, Bukan Gaduh Berebut Kerusi

Trending

“Jangan Benci Kakak, Kakak Tak Sengaja” – Ibu Cerita Situasi Kejadian, Bukan Gaduh Berebut Kerusi

Ibu kepada mangsa maut dan suspek kejadian kakak tertikam adik di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, Iskandar Puteri menceritakan semula situasi membabitkan dua anaknya itu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Mereka Anak Yang Sangat Baik, Dididik Berkasih Sayang” – Keluarga Dedah Adik-Beradik Rapat

Menerusi temu bual bersama wartawan 999, ibu yang tidak didedahkan identiti berkata, punca pergaduhan mereka bukanlah disebabkan berebut tempat duduk seperti yang didakwa ramai pihak.

Pada hari kejadian, ibu ambil kakak dahulu di sekolahnya barulah ambil arwah dan seorang lagi anak di sekolah lain.

Ibu cerita kakak tak sengaja tikam adik

@mek_ainalieya Ibu cerita kisah yang berlaku kakak dan adik .. kakak tidak sengaja 😭 salam takziah #fypシ #masukberanda #alfatihah ♬ Yasir Lana – arief akdw

Jelasnya, mereka pada awalnya bergaduh mulut ketika masing-masing dalam perjalanan pulang ke rumah daripada sekolah.

Masa masuk tu arwah macam, “kenapa lambat ni ibu?”

Saya kata, “ibu ambil kakak la”. Lepas tu dia senyap.

Bukan berebut kerusi, kerusi tu dijatuhkan. “Naikkan naikkan”, dia dah marah. “Kakak pekak ke?” mereka bergaduh mulut.

Kakak kata, “lain kali kalau abang nak minta kakak tolong, kakak tak nak tolong lagi”.

Dia macam dah sedih. “Mana ada tolong, kau ingat aku takut dengan kau?” Dia mula macam provok. Saya pun, “dah dah senyap, panas ni.”

Kata ibu lagi, sepanjang perjalanan tu mereka hanya senyap. Sehingga lah sampai di rumah si ibu tekan hon memanggil anak nombor 4 untuk transit ke sekolah agama.

Mereka masih ‘argue’, tak lama selepas itu si adik keluar dan menjerit sebab melihat arwah sudah berlumuran darah.

Jangan benci kakak, maafkan kakak

Ibu terus bertanyakan kakak apa yang telah dia lakukan. Keadaan kakak pada ketika itu sangat panik dan meminta maaf kepada arwah.

Ya Allah abang. Maafkan kakak maafkan kakak. Ibu maafkan kakak. Jangan benci kakak, kakak tak sengaja ya Allah apa kakak dah buat. Ibu nanti kakak masuk neraka sorang-sorang ke? Kita tak sama-sama ke syurga ke?

Si ibu cuba menenangkan kakak dengan berkata dia tak sengaja. Katanya lagi, situasi itu sangat cepat berlaku.

Tambah si ibu lagi, dia merasakan kakak memang tak sengaja bukanlah sebab tekanan perasaan.

Tambahan pula pisau memang dah ada di situ, dan ketika itu tangannya tercapai pisau. Jika buku atau remote TV ada di situ, mungkin kakak ketuk arwah dengan barang itu.

Kredit: TikTok @mek_ainalieya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas