Connect with us

Oh! Media

“Mereka Anak Yang Sangat Baik, Dididik Berkasih Sayang” – Keluarga Dedah Adik-Beradik Rapat

Trending

“Mereka Anak Yang Sangat Baik, Dididik Berkasih Sayang” – Keluarga Dedah Adik-Beradik Rapat

Kejadian seorang kakak membaling pisau ke arah adik sehingga menyebabkan kematian benar-benar meruntun hati masyarakat.

ADVERTISEMENT

Apatah lagi apabila kakak yang baru berusia 18 tahun kini ditahan reman selama 6 hari untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BACA: Kes Bunuh Adik, Kakak Ditahan Reman Tanpa Kehadiran Ahli Keluarga Di Mahkamah

Memetik laporan Harian Metro, ahli keluarga yang enggan didedahkan identiti berkata, ibu bapa mangsa trauma dan tertekan dengan kejadian tersebut.

Mereka sangat sedih dan diberitahu tidak keluar rumah sejak petang semalam. Tambahan pula kejadian ini tular sejak malam tadi.

Anak yang baik, harapan keluarga

Menurutnya lagi, kedua-dua beradik itu amat rapat, saling menyayangi dan taat kepada perintah agama. Si adik berusia 16 tahun merupakan bekas pelajar Maahad Pontian sebelum berpindah ke sebuah sekolah menengah di Gelang Patah.

Kedua-dua beradik berkenaan adalah anak yang baik dan sangat bijak kerana sering mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan, selain menjadi harapan keluarga.

Si kakak pula pelajar tingkatan 6 di sekolah yang sama. Mereka berdua bersama tiga adik yang lain adalah sangat baik dan dididik dalam keluarga yang penuh kasih sayang.

Tambahnya, dia seolah-olah tak percaya apabila mendapat tahu mengenai kejadian malang ini.

Ahli keluarga rapat bagaimanapun enggan ditemubual dan meminta media memberi ruang kepada mereka.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas