Connect with us

Oh! Media

Trending

“Jangan Anggap Benda Ni Mengarut” – Ibu Hamil Menangis Hajat Naik Kereta Kebal Tercapai

Kasih ibu sampai syurga, kasih bapa sepanjang masa. Itulah yang dapat digambarkan dengan pengorbanan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi melepaskan hajat anaknya yang sedang hamil.

BACA: Mama Neelofa Baik Hati Masak Untuk Ibu Hamil Mengidam Air Tangan, Siap Hantar Lagi!

IKLAN

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang menggelarkan dirinya Omma itu berkata anak tiba-tiba mengidam mahu naik kereta kebal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bergerak bukannya display di muzium.

Wanita ini memberanikan diri ke Kem Sungai Besi menyatakan hajat tersebut kepada anggota yang bertugas. Siapa sangka hajat ibu hamil itu kesampaian apabila mereka sekeluarga dibenarkan naik. Terima kasih ATM!

@omma_ellysha76 part 1 alhamdulillah..walau sesat..dgn jalan bnyak yg tutup .kaki sampai jugak..dapat melalui info abam askar yg baik hati..semiga allah yg dapat membalasnya..#kuasaviraltiktok #angkatantenteramalaysia #tenteradaratmalaysia #fypシ #mengidamnaikkeretakebal #keretakebal @ainnursyafiera ♬ Lagu Sedih – Rusli Ridwan
@omma_ellysha76

♬ Ya Maulana (Remastered) – Sabyan

Menerusi beberapa video yang dimuat naik, wanita ini berkata dia sebagai seorang ibu akan berusaha yang terbaik demi anaknya. Malah, dia juga pernah merasai fasa mengidam yang bukannya dibuat-buat.

@omma_ellysha76

♬ Syukran Lillah (Sabyan) – Sabyan

Malah, ibu hamil itu dilihat tak henti-henti mengalirkan air mata. Alhamdulilah, semoga anak dilahirkan sihat dan menjadi salah seorang wira negara suatu hari nanti.

Kredit: TikTok @omma_ellysha76

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas