Connect with us

Oh! Media

Mama Neelofa Baik Hati Masak Untuk Ibu Hamil Mengidam Air Tangan, Siap Hantar Lagi!

Trending

Mama Neelofa Baik Hati Masak Untuk Ibu Hamil Mengidam Air Tangan, Siap Hantar Lagi!

Rata-rata daripada ibu mengandung pasti akan melalui fasa mengidam, kan? Ada sahaja makanan yang ingin dirasai sebelum tiba waktu bersalin. Ada makanan yang senang diperoleh, ada juga pelik-pelik!

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Suami Runsing Isteri Mengidam Air Tangan Khairul Aming

Seperti perkongsian ibu selebriti terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini menerima kiriman emel daripada seorang pengikut yang sedang hamil tiga bulan. Dia menyatakan hasrat untuk merasai nasi goreng daging harimau menangis air tangan Datin Kartini.

mama neelofa

Ya Allah Ainaa teringin sangat nak rasa Aunty punya nasi goreng daging harimau menangis.

Aina tak kisah kalau Aunty nak jual pun tak apa tapi memang mengidam sangat.

Malah, individu ini juga sanggup membayar harga nasi goreng asalkan dapat melepaskan rasa ‘mengidam’. Tidak mahu menghampakan permintaan ibu mengandung, Datin Kartini segera masak. Siap hantar depan pintu rumah lagi sementara nasi masih panas!

Menurutnya, sebaik membaca hasrat tersebut dia berasa tersentuh dan tidak sampai hati untuk menolak permintaan. Dia bersyukur dapat menghantarnya sendiri kepada Aina. Dia juga berharap kejadian ini menjadi titik permulaan silaturahim di antara mereka.

mengidam

Di ruangan komen, orang ramai turut berasa sayu dan memahami apa yang sedang dilalui ibu mengandung seperti Aina.

Alhamdulillah. ibu mengandung kalau mengidam jangan buat main kalau tak dapat ya aunty. Boleh emosi hihi. – komen netizen.

Mereka turut memuji sikap keibuan Datin Kartini dalam menunaikan hasrat ibu mengandung mengidam makanan sebelum melahirkan.

Kredit: Instagram Noor Kartini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas