Connect with us

Oh! Media

kak km

Trending

“Jangan Ambil Kerja Tuhan” – Kak KM Berang Dituduh Duit Tak Berkat

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri baru-baru ini diminta seorang netizen memberi komen mengenai perbuatan usahawan, Liana Rosli yang dikatakan keterlaluan di media sosial.

BACA: “Saudara Sudah Melampau” – PU Syed Tegur Azwan Ali, Agama Bukan Bahan Melawak

IKLAN

Juara Pencetus Ummah musim ke-3 ini walau bagaimanapun mendakwa sudah beberapa kali menegur usahawan berkenaan. Dia hanya mampu berdoa apabila teguran tidak berhasil.

Menurut PU Syed lagi, perniagaan dengan cara berdosa hanya mendatangkan rezeki yang tidak berkat. Dia memohon pihak berwajib menguatkuasakan pemakaian patuh syariah kepada semua umat Islam di Malaysia.

Terbaru, menerusi laporan mStar Online, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM meluahkan rasa berang dengan kenyataan pendakwah selebriti tersebut. Menurutnya, pendakwah itu tidak sewajarnya mengambil kerja Tuhan dalam menjatuhkan hukum.

Kau nak cakap aku pendosa, kau nak cakap duit aku tak berkat. Eh kau kalau betul, kau dah tegur aku cara baik bukan memalukan macam tu.

Semua orang baca, nak orang pandang kau apa? Mulia?

Ujar anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini lagi, dia adalah insan biasa yang boleh menerima teguran atau nasihat dengan baik namun bukanlah dengan cara biadab.

Tapi bukanlah kata kau nasihat aku sekarang, aku terus nak pakai tudung, tutup litup. Melainkan kalau tiba-tiba tersedar, tiba-tiba dapat hidayah. Hidayah milik Allah SWT.

Jelas Kak KM lagi, selama ini dia tidak pernah peduli dengan apa yang diperkatakan orang. Apa yang penting adalah ibu bapa dan ahli keluarganya.

Kredit: mStar Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas