Connect with us

Oh! Media

“Saudara Sudah Melampau” – PU Syed Tegur Azwan Ali, Agama Bukan Bahan Melawak

Trending

“Saudara Sudah Melampau” – PU Syed Tegur Azwan Ali, Agama Bukan Bahan Melawak

Pengacara terkenal, Azwan Ali sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila tular video mendakwa dirinya mempermainkan agama.

ADVERTISEMENT

BACA: Perlekeh Proklamasi Darurat, PDRM Siasat Azwan Ali

Dalam video tular itu, Azwan terlebih dahulu ditanya mengenai persediaan menghadapi malaikat Munkar dan Nakir. Dia kemudiannya memberi jawapan spontan yang dianggap keterlaluan oleh orang ramai.

Lebih mengecewakan apabila penyampai radio turut tertawa selepas mendengar jawapan yang diberikan itu.

azwan ali

Difahamkan insiden berlaku ketika pengacara ini muncul dalam sebuah ‘podcast’ terbitan penyampai radio Singapura, OKLETSGO.

Video viral ini bukan sahaja menerima perhatian pengguna media sosial, malah Pencetus Ummah, PU Syed turut dilihat memberikan teguran.

Jelas PU Syed, perbuatan itu adalah melampau, sesat dan memalukan agama tidak kiralah sama ada dia bergurau ataupun tidak. Malah, malaikat bukanlah makhluk yang boleh dibuat gurauan atau sendaan.

Soal mungkar dan nakir pun saudara boleh buat main, cukuplah netizen dok hadap caci maki saudara setiap kali berdepan dengan kamera.

Mestikah dikaitkan dengan mak bapak orang? Salahkah soalan tu bila diajukan kepada saudara?

Persoalan Malaikat ni bukan persoalan yang kecil bahkan Malaikat bukan makhluk yang kita boleh bawa sebagai bahan gurauan dan sendaan.

Dalam hantaran itu, PU Syed turut menegur penyampai radio yang menjadikan soalan berkaitan agama itu sebagai bahan lawak. Juara Pencetus Ummah musim ketiga ini dalam masa yang sama mengajak orang ramai mengenali bagaimana sifat Munkar dan Nakir untuk pengajaran bersama.

Difahamkan, video tular ini adalah video lama dan dirakam lebih setahun yang lalu.

Kredit: Instagram PU Syed

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas