Connect with us

Oh! Media

Jackie Chan Tawar RM580,000 Kepada Individu Yang Berjaya Hasilkan Penawar Koronavirus

Trending

Jackie Chan Tawar RM580,000 Kepada Individu Yang Berjaya Hasilkan Penawar Koronavirus

Siapa jer yang tak kenal dengan bintang yang tersangatlah popular dari Hong Kong, Jackie Chan kan? Baru-baru ini, beliau telah memuatnaik satu perkongsian di akaun sosial media Weibo miliknya yang mengambil berat tentang isu virus maut dari Wuhan yang telah meragut ratusan nyawa dan akan menawarkan ganjaran sebanyak 1 juta yuan bersamaan kira-kira RM580,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya mencipta penawar koronavirus ini.

ADVERTISEMENT

Pelakon yang membintangi filem Kungfu ini berharap yang beliau dapat menghulurkan bantuan sehabis mampunya dan juga memberi sokongan kepada orang yang dijangkiti dengan virus ini. Dikatanya juga, sains dan teknologi adalah faktor utama bagi membanteras virus ini dan percaya penawarnya pasti ada dan boleh dihasilkan secepat mungkin.

Beliau juga akan menghargai pengorbanan tidak kira organisasi ataupun individu yang berjaya menghasilkan penawar itu dengan memberikan wang sebanyak itu kepada mereka.

Perkongsian itu telah mendapat lebih 53,000 likes dan rata-rata netizen semuanya menyokong dan memberikan kepujian atas tindakan beliau. Semoga penawar koronavirus yang telah melanda ini tidak berpanjangan dan berjaya ditemukan penawarnya secepat mungkin. Korang jangan lupa jaga keselamatan dan ambil langkah berjaga-jaga sementara wabak ini masih lagi berleluasa ya.

OHMEDIA : HARGAI DAN BERTERIMA KASIH KEPADA SESIAPA YANG DAH BANYAK BERKORBAN UNTUK KITA!




Sumber : Straits Times

+ Baca respon pembaca Jackie Chan hargai pengorbanan individu menghasilkan penawar koronavirus di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas