Trending
Isteri Pertama Abang Tesla Lakukan Ini Sebelum Benarkan Suami Kahwin Lagi Satu
Oleh
Sebelum ini kecoh dia media sosial apabila influencer TikTok yang dikenali sebagai Abang Tesla merakam detik sedih isterinya menangis di dalam pelukan beberapa jam sebelum dia dimadukan.
BACA : “Hanya Kita Dan Allah Tahu Segalanya” – Isteri Pertama Abang Tesla Buka Mulut Selepas Dimadukan
Dia juga meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang dapat menjaga aib suami dengan baik. Walau bagaimanapun, netizen tetap mengecam tindakan yang dilakukan Abang Tesla itu.
Seorang pengguna di TikTok tampil memberikan kata-kata semangat kepada isteri pertama Abang Tesla supaya dia terus bersabar serta tabah dengan kehidupan berpoligami.
Bukan tu jer, ada yang meminta Nurmajdina untuk tuntut harta sepencarian selama usia rumah tangga mereka.
Menerusi ruangan komen, isteri pertama kepada Abang Tesla membalas yang dia sudah lakukan perkara itu.

Nampak gayanya masih belum betul-betul reda tentang berita poligami Abang Tesla ini dan perkongsiannya di TikTok juga menerima kritikan ramai.
Bukan hanya orang biasa tetapi juga golongan selebriti serta beberapa pempengaruh termasuklah usahawan terkenal turut memberi respon tentang isu ini.
Kredit: Tiktok
