Connect with us

Trending

Isteri Kecewa Suami Enggan Buat Hubungan Intim, Dengan Alasan Belum Bersedia Nak Dapat Anak

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi kisah pahit rumah tangganya apabila suaminya enggan melakukan hubungan intim bersama.

Wanita tersebut telah meluahkan perkara itu di aplikasi X, katanya walaupun mereka sudah lebih dua tahun mendirikan rumah tangga namun suaminya itu enggan berhubungan badan dengannya.

IKLAN

Menurutnya, suaminya itu juga merupakan suami yang baik dan dia percaya bahawa lelaki itu boleh menjadi bapa yang baik bagi anak-anak mereka kelak.

Dah dua tahun lebih kahwin, saya masih dara. Saya sayang dia, saya tahu dia boleh jadi bapa yang baik untuk anak-anak.

Walaupun sudah berkali-kali wanita itu menjelaskan tanggungjawab suami isteri dalam rumah tangga namun lelaki itu seolah tidak peduli. Difahamkan suminya itu masih belum bersedia untuk mendapatkan zuriat.

Banyak kali dah bersemuka dengan dia tapi dia cakap tak bersedia nak ada anak. Ya, saya pun tak bersedia juga tapi macam-macam protection kita boleh guna. Tapi dia masih tak nak. Dia selalu cakap penat lah apa lah.

Masa awal-awal kahwin, tiga bulan pertama macam tu adalah buat ringan-ringan tapi sekarang dah lebih setahuh tak ada langsung hubungan intim.

Kadang-kadang bila saya pegang pun dia tak suka. Saya tak rasa dia gay sebab telefon dia ‘bersih’ tak ada apa-apa. Cuma kadang-kadang saya nampak dia tengok video lucah.

Wanita itu juga berkata, suaminya itu sempurna dalam semua perkara, namun tidak daripada segi memberi nafkah batin.

Saya cantik dan memang meet the beauty standard. Banyak kali terfikir nak curang. Saya tak rasa suami tertarik secara seksual dengan saya tapi saya tahu dia sayang saya.

Bab nafkah zahir semua memang lengkap tapi nafkah batin memang tak ada. Bab lain dia memang sempurna. Kebersihan semua saya jaga. Tak tahu mana silap saya.

Dia yang nak sangat kahwin dengan saya (saya ikutkan nak kahwin lambat lagi) tapi saya ikutkan je sebab saya tahu dia sayang saya. Tapi bila jadi macam ni, saya sedih.

Rata-rata warga maya turut bersimpati dengan kisah wanita tersebut, kebanyakannya menasihati supaya pasangan tersebut mendapatkan sesi kaunseling daripada pihak yang sepatutnya.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Aplikasi X


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas