Trending
Instagram Penulis Surat Layang Kes Zulfarhan Dibanjiri Komen ‘Terima Kasih’
Baru-baru ini tular gambar surat layang yang dipercayai ditulis oleh dua individu dalam kes pembunuhan Allahyarham Zulfarhan pada 7 tahun yang lalu.
Dipercayai surat itu ditulis dan dihantar ke pihak atasan Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) dalam usaha untuk menyelamatkan arwah yang didera oleh rakan-rakannya pada ketika itu.
Media sosial salah seorang saksi dan juga rakan Allahyarham Zulfarhan telah tular di aplikasi Tiktok setelah salah seorang pengguna berkongsi maklumatnya.
Di ruangan komen Instagram Aiman Aufa, rata-rata warga maya telah meninggalkan ucapan terima kasih kerana keberaniannya.

Menjengah di ruangan Instagram Aiman, dia sudah pun mendirikan rumah tangga dan telah menamatkan pengajian di sebuah kolej ketenteraan di luar negara.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: Instagram @aufa_aimann
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM