Connect with us

Oh! Media

“Dulu Selisih Bahu Tak Bertegur..” – Bapa Arwah Zulfarhan Tak Maafkan Keluarga Tertuduh

Untitled Design   1

Trending

“Dulu Selisih Bahu Tak Bertegur..” – Bapa Arwah Zulfarhan Tak Maafkan Keluarga Tertuduh

Ibu bapa kepada mangsa bunuh Allahyarham Zulfarhan mengatakan yang mereka tidak akan memaafkan keluarga tertuduh yang terlibat dalam kes pada tujuh tahun lepas itu.

BACAKenyataan Terbaru Penulis Surat Layang Zulfarhan Tidak Disenangi Netizen

Menurut laporan Harian Metro, bapa mangsa juga berkata yang keluarga tertuduh sepatutnya meminta maaf ketika kes itu dibicarakan di mahkamah sejak tahun 2018 dan menyifatkan sekarang ini, semuanya sudah terlambat.

IKLAN

Jika saya terima permohonan maaf itu pun, anak saya sudah tiada. Kalau mereka nak memohon maaf, kenapa tunggu sekarang, kita banyak kali jumpa di mahkamah.

Waktu awal perbicaraan dulu, kita berselisih bahu pun tidak bertegur seolah-olah macam anak saya pula yang bunuh anak dia (keluarga tertuduh).

Bukan tu jer, bapa arwah juga mendedahkan yang salah seorang bapa tertuduh ada berjumpanya untuk meminta maaf.

Walaupun reda dengan takdir atas pemergian Zulfarhan, tapi perlakuan yang tidak bertimbang rasa dilakukan semua tertuduh itu tidak dapat diterima keluarga mangsa.

Tidak mengapalah, saya tidak mahu berjumpa dengan keluarga tertuduh, cukuplah.

Untitled Design   1

Jap!


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas