Connect with us

Oh! Media

“Kebenaran Itu Berharga” – Bapa Zulfarhan Titip Pesanan Buat Keluarga Zara Qairina

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Tidak

“Kebenaran Itu Berharga” – Bapa Zulfarhan Titip Pesanan Buat Keluarga Zara Qairina

Bapa arwah Zulfarhan minta keluarga Zara Qairina terus tabah dan berjuang.

Kes kematian tragis pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina, terus mendapat perhatian ramai. Terbaru, bapa kepada Allahyarham Zulfarhan Osman, Zulkarnain, tampil memberikan kata-kata semangat buat keluarga mangsa untuk tidak berputus asa mencari keadilan.

Mengimbau pengalaman sendiri berjuang selama tujuh tahun di mahkamah bagi mendapatkan keadilan untuk anaknya, Zulkarnain berkata beliau benar-benar memahami apa yang sedang dilalui oleh keluarga Zara.

Saya faham perasaan mereka. Jangan putus asa. Berjuanglah sampai ke akhir. Banyakkan berdoa dan teruskan usaha sehingga kebenaran terbukti.- Katanya.

Beliau juga mengakui kehilangan anak adalah dugaan yang amat pedih, namun demi keadilan, perjuangan itu mesti diteruskan.

IKLAN

Demi Zara Qairina, teruskan langkah…

Zara Qairina

Menurut Zulkarnain, walaupun terpaksa menangis setiap hari, langkah mencari kebenaran tetap perlu diteruskan.

Tapi demi dia, demi Zara, teruskan langkah walaupun terpaksa menangis setiap hari. Kebenaran itu berharga, dan ia hanya akan datang jika kita terus mencari.- Jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menyokong tindakan ibu Zara, Noraidah, yang membuat laporan polis dan memohon kubur anaknya digali semula.

Ohmedia zulfarhan osman 1

Kita tidak tahu punca sebenar kematian. Ada dakwaan berkaitan buli, ada juga yang kata punca lain. Siasatan semula adalah cara terbaik untuk mendapatkan kepastian.- Tambahnya.

Untuk info, proses bedah siasat terhadap mayat Zara Qairina telah dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia pada Sabtu lalu.

Pssttt! Bila melibatkan kehilangan orang tersayang, terutama dalam keadaan yang penuh tanda tanya, kesabaran dan kekuatan hati memang diuji habis-habisan. Korang yang mungkin tak melalui situasi ini pun boleh ambil iktibar, jangan pernah berhenti menuntut keadilan bila ada sesuatu yang tak kena.

Kredit: Majoriti
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas