Oh! Tidak
“Sangka Kes Anak Yang Terakhir” – Bapa Arwah Zulfarhan Luah Rasa Sedih Kes Buli Berulang Di UPNM
Bapa kepada arwah Zulfarhan, Zulkarnain Idros, meluahkan rasa sedih dan kecewanya apabila mendengar kes buli sekali lagi berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Menurut Zulkarnain, berita ini mengingatkannya pada kejadian tragis yang menimpa anaknya dan beliau berharap ia adalah kali terakhir.
Saya terkejut kerana masih ada kes buli berlaku kepada penuntut UPNM. Sangka saya, kes arwah anak yang terakhir, tapi ia masih berulang.- Katanya.
Beliau turut mengulas tentang penderitaan mangsa yang dikatakan ditekap dengan seterika, tindakan yang disifatkannya bukan sahaja menyakitkan tetapi juga meninggalkan kesan fizikal dan emosi.
Desak dedah siasatan dan wujudkan akta antibuli…

Zulkarnain juga menyeru agar laporan siasatan kejadian buli ini didedahkan kepada umum sebagai pengajaran buat semua pihak. Beliau berpendapat bahawa undang-undang khusus perlu diperkenalkan bagi menangani kes buli di sekolah dan institut pengajian tinggi, terutamanya melihat kepada peningkatan kes-kes buli yang semakin membimbangkan.
Sehingga kini tiada undang-undang khusus bagi kes buli. Peningkatan kes ini perlu tindakan segera pihak berwajib.- Tegasnya.
#OhmediaNasihat
Kes buli membawa kesan mendalam kepada mangsa dan keluarga. Semua pihak perlu memainkan peranan dalam menangani isu ini, dan ketegasan undang-undang adalah langkah penting agar insiden sebegini tidak berulang lagi.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro