Connect with us

Oh! Media

Ini Senarai ‘Survival Skills’ Yang Mungkin Anda Boleh Guna Bila ‘Terdesak!’

kemahiran

Oh! Lifestyle

Ini Senarai ‘Survival Skills’ Yang Mungkin Anda Boleh Guna Bila ‘Terdesak!’

Pada kali ini, Oh! Media nak kongsi survival skills atau kemahiran hidup yang mungkin korang boleh gunakan dalam keadaan terdesak!

ADVERTISEMENT

Mungkin ada di antara korang yang ragu-ragu untuk cuba kemahiran yang bakal disenaraikan dalam artikel kali ini. Tapi, kalau kalau tak dicuba, korang takkan tahu la ianya fakta atau hanya auta kan?

Jadi, korang kena baca sampai habis dan cuba satu persatu kemahiran yang kami senaraikan ni, mana la tahu tiba-tiba elektrik tak ada, terperangkap dalam tanah atau air terjun dan ehh, macam-macam lagi la! Korang baca je dan hadamkan satu-satu okay!

1. Terperangkap dalam kereta, di dasar laut

Kalau korang terperangkap dalam kereta dan berada di dalam laut, jangan risau! Korang hanya perlu cabut tempat sandaran kepala dalam kereta dan gunakan besi tajam tersebut untuk pecahkan tingkap kereta.

Tempat sandaran kepala ini memang direka khas untuk pemandu dan penumpang gunakan apabila berlaku kecemasan atau kebakaran. Cermin kereta pula sengaja direka lebih mudah dipecahkan dari dalam apabila kecemasan berlaku. Korang perlu buat dengan cepat dan berhati-hati ya!

2. Cas telefon bimbit menggunakan bateri dan kunci

Survival skills kedua yang korang boleh cuba adalah apabila elektrik terputus dan bateri phone dah nak habis, korang cuba ambil bateri, kunci, pengecas telefon yang digunakan dalam kereta dan juga cable wire dan buat mengikut gambar di atas! Keajaiban yang korang boleh nampak, bateri phone confrim akan naik dan mula cas seperti biasa. Tak percaya? Cuba la sendiri! Hahaha.

3. Diculik dan diikat di pergelangan tangan

Nauzubillahminzalik, tapi kalau korang diculik atau rumah kena rompak dan tangan kaki diikat dengan tali, pertama sekali korang jangan cemas. Tengok gambar di atas dan ikut cara untuk buka ikatan yang diikat pada tangan dan kaki kita.

Apa yang perlu dibuat,

  1. Tegangkan otot lengan dan kaki semasa ia terikat.
  2. Bengkokkan sedikit sendi, cuba mengepam otot anda sehingga saiz maksimumnya.
  3. Bengkokkan tali jika boleh
  4. Tarik nafas dalam-dalam.
  5. Tegangkan tali ikatan antara tangan dan kaki.

Relax, dan apabila setengah inch daripada tali tersebut dah kendur, korang boleh keluarkan tangan dengan jayanya! Tip paling penting, jangan cemas, ingat semua langkah-langkah ni dan tawakal! In shaa Allah korang boleh selamatkan diri dengan jayanya.

4. Terperangkap dalam pasir atau tanah

Kita takkan pernah tahu bila dan dimana kita akan terkena musibah. Jadi kalau satu hari nanti korang tengah jalan-jalan dan terperangkap dalam tanah atau dipanggil quick sand, korang perlu angkat kedua-dua kaki secara perlahan-lahan untuk buatkan badan anda terapung. Cara ini akan pastikan anda berada berada di atas dan tidak terus tenggelam sehingga bantuan tiba.

5. Cara nak selamat dari serangan anjing

Tengah jalan-jalan sekali korang terjumpa dengan anjing liar? Ini perkara yang anda perlu tahu dan buat!

  1. Bertenang. Bila and takut dan bertindak ganas, ia akan meningkatkan keganasan anjing.

2. Jangan lari dari anjing atau bertentang mata dengannya. Bergerak perlahan-lahan sambil berpaling dari anjing tu.

3. Kalau anjing itu nampak macam nak serang, letakkan sesuatu di antara anda dan anjing itu seperti kayu, jaket, atau apa saja untuk melindungi diri.

4. Bila anjing tu dah mula menyerang, gunakan kayu atau batu sebagai senjata. Tujukan pada mata dan tekak.

5. Jika korang tak dapat nak elak gigitan anjing tersebut, berikan lengan korang dan gunakan satu lagi tangan untuk menyerang anjing dan melindungi muka dan perut.

6. Selepas serangan, dapatkan nasihat doktor jika anjing tersebut ada berikan sebarang penyakit semasa gigitan berlaku dan maklumkan perkara ini kepada polis dan orang yang bertanggungjawab terhadap haiwan.

6. Cara atasi brek kereta yang tak berfungsi

kemahiran

Kalau situasi ini terjadi, tolong jangan panik dan ikuti langkah-langkah dibawah okay!

  1. lepaskan kaki anda dari pedal minyak dan hidupkan lampu hazard kereta.

2. Cuba untuk tekan brek kereta dengan cepat dan kuat.

3. Beralih ke gear yang lebih rendah.

4. Tarik brek kecemasan dengan tekanan yang sekata.

5. Gunakan pagar tepi jalan untuk memperlahankan kelajuan dengan menghimpit bahagian tepi kereta padanya.

6. Cari kawasan rumput terbuka, kotoran lembut, pasir atau kawasan yang sesuai dan selamat untuk memberhentikan dan pusingkan kereta.

7. Cara terbaik untuk mengemas bag galas

kemahiran

Haa kalau korang jenis yang suka hiking atau jenis yang selalu backpacker, tips ni sangat sesuai untuk korang ikut! Ini adalah cara terbaik yang korang boleh buat untuk mengisi barang-barang ke dalam bag galas. Korang ikut warna dalam gambar di atas okay!

Sebagai contoh, bawah sekali letak sleeping bag ataupun alas tidur,di bahagian belakang badan, korang boleh letakkan barang-barang yang berat, diikuti dengan barang yang sederhana berat dan dibahagian depan bag, letakkan barang-barang yang ringan. Cara ini boleh diikuti agar tak mengganggu posture badan dan supaya bag tidak terasa terlalu beban untuk digalas.

8. Cara nak lari dari buaya

kemahiran

Kalau korang dekat kampung tu atau tengah jalan-jalan dekat kawasan rumah dan terserempak dengan buaya, jangan takut dan korang kena lari secara zig zag kerana buaya tidak boleh membuat selekoh tajam. Tips ni bukan saja kalau kena kejar dengan buaya tau, tapi kalau korang kena kejar dengan babi pun boleh ikut tips ni! Lari zig zag je untuk selamatkan diri.

Itu la dia kesemua tips-tips untuk survival skills yang kami boleh kongsikan untuk kegunaan anda pada masa akan datang! Kalau korang ras atak logik, cuba dulu, baru korang tahu keajaibannya tau! Jangan simpan sendiri semua kemahiran ni, korang kena kongsikan dekat kawan-kawan dan keluarga okay! Mana lah tahu suatu hari nanti ada di antara korang yang boleh gunakan tips-tips ini di masa akan datang! Selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas