Connect with us

Oh! Media

Ini ‘Bahan’ Ajaib Untuk Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning!

Article 3 5 3 1

Trending

Ini ‘Bahan’ Ajaib Untuk Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning!

Mesti ada yang tak suka mi kuning sebab rasa kapur kan? Masak sedap-sedap pun jadi tak selera nak makan sebab ada rasa kapur mi kuning tu, lagi-lagi kalau buat mi sup!

Kalau ikut mak-mak kita, mereka akan rendam dulu mi kuing sebelum masak untuk hilangkan rasa kapur tu. Tapi cara tu ambil masa yang lama la kan sebab nak tunggu sampai mi tu betul-betul bersih?

Haa, jangan risau dah! Hari ini Oh! Media nak kongsikan cara yang sangat mudah untuk hilangkan rasa kapur pada mi kuning dengan menggunakan satu je bahan ajaib!

IKLAN

1. Leraikan mi kuning dalam periuk

Screenshot 2022 03 05 at 113329 am

Cara pertama adalah korang kena leraikan dulu mi kuning yang nak dimasak ke dalam periuk.

2. Masukkan air dalam periuk

Screenshot 2022 03 05 at 113253 am

Kedua, masukkan air ke dalam periuk sehingga menutupi mi kuning. Pastikan paras air tu cukup untuk rendam mi kuing.

3. Masukkan ‘gula’ sebagai bahan ajaib

Screenshot 2022 03 05 at 113309 am

Haa, step ketiga, korang masukkan gula perang atau gula putih dan gaul sebati dengan air dan mi kuning tersebut. Gula ni la bahan ajaib yang boleh hilangkan rasa kapur tu!

4. Rendam mi kuning dalam 15-30 minit

Tips hilangkan kapur mee 5 400x700 1

Selepas gaul sebati, korang rendam mi kuning tersebut dan biarkan dalam 15-30 minit. Kemudian, korang basuh sekali lagi dan toskan mi tersebut.

Air yang sangat kotor dari mi kuning itu semuanya korang akan nampak tau! Memang kuning betul air basuhan mi tersebut. Itu maksudnya, semua kapur dan rasa-rasa yang membantutkan selera dah tak ada dan ready untuk dimasak!

Korang boleh tonton video yang dikongsikan di TikTok @aliabangs ini sebagai rujukan okay! Lepasni dah boleh la selalu makan mi kuning, kan? Selamat mencuba!

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas