Connect with us

Oh! Media

MAMASAB Mohon Maaf Atas Kesilapan Penggunaan Nama Makhluk.

Ohmedia mamasab

Oh! Artis

MAMASAB Mohon Maaf Atas Kesilapan Penggunaan Nama Makhluk.

Baru-baru ini tersebar video menunjukkan pengasas Mamasab iaitu Siti Sabrina BInti Sabri mengeluarkan kenyataan “Allah makhluk halus”. MamaSab menyatakan perkara itu dalam satu panggilan zoom yang mendakwa tuhan tidak dapat dilihat dan halus serta sama seperti makhluk halus yang tidak dapat dilihat tapi hanya dapat dirasai.

Disebabkan dari potongan ayat itu, netizen mula mempersoalkan apa yang sebenarnya cuba disampaikan MamaSab. Ini kerana kita sebagai umat Islam yang percaya akan kewujudan Allah tidak boleh sama sekali menyamakanNya dengan makluk atau benda hidup lain yang kita ketahui.

@hashim_kawsin

♬ original sound – Hashim Kawsin

MamaSab mohon maaf secara terbuka

Selepas video itu tersebar dan mendapat perhatian ramai, MamaSab melalui Facebook miliknya Sabrina Norin membuat permohonan maaf secara terbuka. Dia menyatakan bahawa manusia tidak lari dari membuat kesalahan dan mengakuit perkataan yang digunakannya untuk menunjukkan kekuasaan Allah itu kurang sesuai.

IKLAN

Kadang-kadang ada perkataan yang kita guna untuk explain satu kekuasaan yang sangat luar biasa menjadi ayat yang salah dan tak sepatutnya digunakan. Minta maaf atas kesilapan penggunaan nama makhluk.

Mama ambil penyalahgunaan perkataan untuk terangkan sesuatu yang tak nampak sebagai khilaf Mama untuk orang yang baru nak belajar mengenalpasti kekuasaan yang luar biasa.

MamaSab turut berterima kasih kepada semua yang mengambil berat dan membetulkan salah faham dalam agama. Anak-anak MamaSab turut selalu diingatkan untuk sentiasa menerima teguran kerana itu bukan bermaksud mereka membenci tapi sebab sayang.

Image 8

Kredit: TikTok | Facebook Sabrina Norin

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas