
Trending
“Ini Adalah Jalan Yang Terakhir, Dah Bertahun Sha Cuba” – Shila Amzah
Oleh
Tiada angin tiada ribut, penyanyi Shila Amzah baru-baru ini mendedahkan telah memohon penceraian dengan suami, Haris Idraki.
Penyanyi ini memberitahu dia sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami dan menumpang di rumah keluarganya di Kuala Langat, Selangor.
BACA: “Dah Dua Bulan Keluar Dari Rumah, File Cerai” – Shila Amzah
Terbaru, Shila atau lebih mesra disapa Sha memberitahu, dia sememangnya mengutamakan anak dalam semua hal.
Untuk menjadi ibu yang lebih baik, penyanyi ini membuat keputusan untuk mengendalikan masalah rumah tangga dengan caranya sendiri.
Please jangan pandang rendah pada Sha cakap Sha tak boleh buat keputusan dan dipengaruhi oleh orang lain. Maybe itu dulu, tapi sekarang I took charge of my own life.
Katanya lagi, ini adalah jalan terakhir yang diambilnya setelah bertahun mencuba. Seperti manusia biasa yang lain, dia juga ingin bahagia.
Dalam hantaran itu, penyanyi ini turut meninggalkan pesan kepada ibu-ibu di luar sana supaya tidak takut. Katanya, memang ramai yang bertahan dalam perkahwinan demi anak-anak namun ianya bukanlah perkara yang mudah.
Bila kita nak jaga anak dengan perasaan diri terdera, bukan lah satu environment yang sihat untuk tumbesaran anak.
Dia turut berterima kasih kepada pengikut dan rakan artis yang tidak putus-putus memberikan kata-kata sokongan kepadanya.
Kredit: Instagram Shila Amzah
