Connect with us

Oh! Media

“Dah Dua Bulan Keluar Dari Rumah, File Cerai” – Shila Amzah

Oh! Artis

“Dah Dua Bulan Keluar Dari Rumah, File Cerai” – Shila Amzah

Penyanyi Shila Amzah menerusi hantaran terbaru di Instagram membuat pendedahan mengejutkan apabila dia dikatakan sudah dua bulan keluar daripada rumahnya di Cyberjaya.

ADVERTISEMENT

BACA: Shila Amzah Selamat Melahirkan Cahaya Mata Sulung!

Menurut penyanyi lagu ‘Patah Seribu’ ini lagi, dia sudah pun memfailkan penceraian dengan suami. Namun dia tidak memaklumkan secara terperinci bila permohonan dibuat.

Difahamkan, Shila Amzah yang tinggal bersama keluarganya buat sementara waktu di Kuala Langat berdepan dengan situasi sukar apabila rumah terlibat dengan banjir.

Kini, mereka sekeluarga menumpang di rumah saudara dan tinggal di satu bilik sahaja.

Katanya lagi, urusan penceraiannya masih dalam proses kerana suami didakwa memanjangkan kes. Namun, apabila bencana seperti ini terjadi, dia sudah tidak mampu bersabar lagi.

Dah dua bulan Sha keluar dari rumah dengan Seth tumpang di rumah mak abah di Langat. Sha dah file cerai but unfortunately still on going process sebab dia decide nak prolong benda ni.

Dakwanya lagi, dia tidak dapat pulang ke rumahnya di Cyberjaya disebabkan suami juga tinggal di situ. Di hantaran itu, penyanyi ini turut memohon doa orang ramai agar segala urusannya dipermudahkan.

shila amzah

Di ruangan komen, pengikut dan rakan artis dilihat meninggalkan kata-kata semangat dan doa semoga segalanya berjalan lancar.

Kredit: Instagram Shila Amzah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas