Connect with us

Oh! Media

mati dibunuh

Trending

Influencer Dibunuh Peminat, Enggan Pulangkan Hadiah Bernilai RM65k?

Influencer di Beijing, China yang dikenali sebagai Yubei Female Security Guard telah mati dibunuh kerana gagal memulangkan hadiah yang bernilai lebih RM65,000 yang diberikan oleh peminatnya.

BACA: Tulang Kaki Dijumpai, Penganggur Terima Hukuman Mati Kerana Bunuh Teman Wanita

IKLAN

Menerusi laporan Harian Metro, influencer itu mati dibunuh oleh peminat nombor satunya selepas mengalami persengketaan antara satu sama lain. Wanita itu mati pada usia 33 tahun.

Bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah memandu

influencer

Wanita yang merupakan pengawal keselamatan di sekolah memandu ini telah memiliki lebih daripada 310,000 followers di media sosial. Mangsa ini telah dibunuh pada 2 November lalu.

Pelbagai khabar angin mengenai identiti dan motif sebenar si pelaku, namun polis masih tidak dapat mengesahkan identitinya walaupun sudah ditahan.

Menurut Harian Metro, pembunuh itu sebenarnya merupakan peminat nombor satu mangsa dan dipercayai telah memberi hadiah bernilai 100,000 yuan iaitu RM65,581.73 ketika live streaming.

Namun minat lelaki itu kepada mangsa sudah semakin hilang dan meminta mangsa untuk memulangkan semula hadiah yang telah diberikan itu, tetapi mangsa enggan memulangnya dan menyebabkan lelaki tersebut membunuhnya.

Wanita ini telah berkahwin dan memiliki dua orang anak. Suaminya tidak mengetahui tentang perjumpaan isterinya bersama peminatnya kerana ada urusan kerja.

Sungguh menakutkan apabila ada yang begitu fanatik kepada seseorang. Semoga perkara ini tidak berlaku lagi di masa hadapan, terutama di Malaysia. Janganlah simpan minat terhadap seseorang secara berlebihan, takut ia menjadi penyakit yang tidak diundang pada masa akan datang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas