
Oh! Artis
“I’m Not Smuggle..” – Rayu Yassin Senario
Selepas lama berdiam diri, Yassin Yahya dari kumpulan Senario akhirnya bakal tampil menjelaskan situasi sebenar berkaitan dakwaan penahanan dirinya di Arab Saudi pada Oktober lalu.
Dia dikatakan akan bersuara menerusi satu rakaman podcast eksklusif yang diberi nama Darkcast, dikendalikan oleh rakan seperjuangannya, Saiful Apek.
Jawapan eksklusif Yassin Senario dalam Darkcast Saiful Apek…
Perkara ini dimaklumkan melalui Instagram rasmi Gitu Gitu Empire, yang menyatakan bahawa Yassin akan berkongsi kenyataannya dalam program tersebut.
Saya akan jawab dalam Darkcast by Saiful Apek. Apabila ditanya kepada @yassinsenario1978 berkenaan status beliau sekarang.
Dalam snippet rakaman pendek yang dimuat naik, Yassin sempat menyatakan bahawa dia bukanlah penyeludup, namun turut mengakui kekeliruannya tentang undang-undang di sana.
Saya tidak tahu undang-undang, aku ini salah. Tak ada orang nak beritahu perkara itu. Saya cakap dalam bahasa Inggeris āIām not smuggleā.
Tambah Yassin, perkara pertama yang dia lakukan ketika kejadian itu berlaku ialah berdoa dan menghubungi Tuhan.
Dalam perjalanan saya pergi āke situā, yang pertama saya hubungi adalah āThe Godā (Tuhan).
Video penuh masih belum dimuat naik…
Walaupun kenyataan awal itu sudah tular, namun video penuh belum disiarkan secara rasmi. Justeru, netizen masih tertanya-tanya konteks sebenar kenyataan tersebut.
Rakaman penuh dijangka akan disiarkan di YouTube Channel Gitu Gitu Studio tidak lama lagi.
Semalam, media melaporkan bahawa Yassin, 47, sudah pulang ke Malaysia selepas dilihat muncul dalam satu sesi siaran langsung di TikTok. Isterinya, Farah Waheeda Maharidan, turut mengesahkan perkara tersebut.
Untuk rekod, pada Oktober tahun lalu, seorang pelawak Malaysia dilapor ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah atas kesalahan memiliki ganja.
Pssttt! Walaupun Yassin menafikan dirinya terlibat dalam penyeludupan, pendedahan rasmi melalui Darkcast sangat dinantikan. Apa pun, kita kena tunggu video penuh sebelum buat kesimpulan. Dalam isu berat macam ni, setiap kenyataan dan konteks sangat penting. Semoga Yassin tabah dan dapat bersihkan nama dengan cara yang betul.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
