Connect with us

Oh! Media

Iklan Cari Jodoh Viral, Lebih 2,000 Isi Borang Jadi Calon Suami Gadis Ini

Trending

Iklan Cari Jodoh Viral, Lebih 2,000 Isi Borang Jadi Calon Suami Gadis Ini

Di Twitter, viral satu perkongsian mengenai hebahan cari jodoh seorang gadis cantik sehingga mendapat lebih 3,000 retweet dan 10,000 tanda suka.

ADVERTISEMENT

BACA: Susah Nak Jumpa Wanita Idaman, Lelaki Iklankan Diri Pada ‘Billboard’ Untuk Cari Jodoh!

Menerusi hantaran yang dibuat Faye, rakan baiknya sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang dan mencari calon suami yang benar-benar serius.

Bersama hantaran itu, turut disertakan informasi mengenai diri rakannya itu dan ciri-ciri lelaki idaman yang dicari.

Siapa sangka, baru beberapa jam dimuat naik, rakannya sudah menerima lebih 500 respons menerusi pautan borang yang disertakan. Empunya diri terpaksa menutup permohonan selepas menerima lebih 2,000 respons.

Gadis ini perlu mengambil masa yang lama untuk melihat ‘permohonan’ dan tidak menyangka begitu ramai yang respons.

Malah, dia juga tidak sangka ianya viral ke Facebook sehingga ada stesen radio menghubunginya untuk ditemubual.

Dia bagaimanapun berada dalam keadaan yang baik dan memohon diberikan ruang. Dia berterima kasih kepada semua yang mendoakan dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Kredit: Twitter Faye

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

Ke Atas