Connect with us

Oh! Media

Ibu Kandung, Bapa Tiri ‘Adik’, Berdepan Hukuman Gantung

27dcd196 2cc4 4e56 a13a b3fc3ef638cd

Trending

Ibu Kandung, Bapa Tiri ‘Adik’, Berdepan Hukuman Gantung

Ibu kandung dan bapa tiri kepada kanak-kanak yang maut kerana dipercayai telah didera di rumah ibunya Taman Krubong Jaya, bulan lalu, bakal berdepan dengan hukuman mati mandatori selepas mereka didakwa atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Majistret, hari ini.

BACA: Pernah Viral Berpisah Dengan Keluarga Angkat, Budak 7 Tahun Maut Didera Ibu, Bapa Tiri

Namun, tidak ada sebarang pengakuan yang direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, Mohd. Fadzli Abdull Razak, 38, dan Zuraida Atan, 32, sebaik sehaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.

IKLAN

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki, Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek berusia tujuh tahun.

Tindakan itu dilakukan tertuduh pada pukul 3.32 petang di sebuah rumah di Jalan KJ 19, Taman Krubong Jaya, pada 29 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kredit: Kosmo

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas