Connect with us

Oh! Media

Budak Lelaki Maut Didera Ibu Bapa Saudaranya Sendiri

Polis ketum ohmedia

Oh! Tidak

Budak Lelaki Maut Didera Ibu Bapa Saudaranya Sendiri

Terdapat satu kejadian dimana seorang kanak-kanak lelaki maut akibat didera suami isteri yang merupakan ibu bapa saudaranya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembang Subang, Petaling Jaya kelmarin. Allahu..

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang baru saja berusia 6 bulan itu dibawa ke Hospital Shah Alam oleh bapa saudaranya berusia 20-an selepas didapati tidak sedarkan diri di kediaman itu.

Mangsa itu disahkan meninggal dunia ketika rawatan dan hasil bedah siasat mendapati ada kesan kecederaan pada tubuh mangsa akibat didera. Kesiannya..

IKLAN

Menurut sumber, ibu bapa kanak-kanak lelaki itu akan hantar anaknya ke rumah suspek untuk dijaga apabila setiap kali ke tempat kerja.

Kejadian itu diklasifikasikan kes bunuh dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat unsur penderaan ke atas kanak-kanak terbabit.

Susulan itu kita membuat dua tangkapan iaitu sepasang suami isteri, dengan mereka akan direman hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-Kanak 2001.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas