Connect with us

Oh! Media

Ibu Bapa Risau Anak Ketagih Hidu Bau Petrol, Masa Makan Pun Nak Bau

Bau Petrol

Trending

Ibu Bapa Risau Anak Ketagih Hidu Bau Petrol, Masa Makan Pun Nak Bau

Di kampung Gendis, Desa Rabasan, Kecamatan Camplong Madura, seorang kanak-kanak memiliki tabiat yang luar biasa iaitu memiliki ketagihan menghidu bau minyak petrol atau gasolin.

BACA: Badan Makin Susut Nampak Tulang, Isteri Tertekan Hidup Dengan Suami Ketagih Ketum

Menerusi laporan Utusan, kanak-kanak tersebut tak sengaja terhidu bau gasolin yang dijual oleh ibu bapanya.

IKLAN

Panjat tempat tinggi nak bau gasolin

Screenshot 2022 06 17 at 70900 pm

Risau dengan ketagihan anaknya, ibu bapa kanak-kanak ini telah simpan minyak gasolin di tempat yang lebih tinggi supaya tak dapat dicapai oleh anaknya.

Namun, budak ini masih berusaha nak dapatkan minyak tersebut dengan memanjat tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Kejadian ini telah disedari oleh ibunya, Sahiyatul Jannah sehingga menimbulkan kerisauan.

Meskipun sudah dimarahi, dia tetap mahu mencium bau minyak itu. Malah, ketika makan pun dia tetap membawa botol minyak bersama, sambil makan sambil cium bau tersebut.

Alhamdulillah, selepas dibawa ke Hospital Sampang keadaan kesihatan anak saya masih baik

Alhamdulillah, selepas menjalani ujian perubatan, keadaan kanak-kanak ini dikatakan sudah semakin baik.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas