Connect with us

Oh! Media

Badan Makin Susut Nampak Tulang, Isteri Tertekan Hidup Dengan Suami Ketagih Ketum

Trending

Badan Makin Susut Nampak Tulang, Isteri Tertekan Hidup Dengan Suami Ketagih Ketum

Bila dah berkahwin, perkara pertama yang harus ditinggalkan adalah perangai buruk zaman bujang dahulu. Jangan mementingkan diri sendiri sehingga rumahtangga porak peranda.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemandu Treler Terima Upah RM 7,000 Bawa ‘Bantuan Makanan’, Rupa-Rupanya 2 Tan Ketum

Seperti luahan seorang isteri ini, dia hidup dalam tekanan disebabkan suami ketagih minum air ketum. Dalam perkongsian di laman AADK Besut itu, suaminya difahamkan minum ketum sejak sebelum berkahwin lagi.

Alasan yang diberikan suami adalah untuk tenaga lelaki dan bekerja. Namun lain pula yang jadi apabila suami mula menunjukkan perubahan ketara.

Suami semakin panas baran dan sanggup berhutang untuk melepaskan ketagihnya. Kata isteri, stok air ketum sentiasa ada di rumah dan suami minum macam air masak!

Saya nampak perubahan ketara pada suami sejak saya pregnant. Dia semakin panas baran. Stok ketum tak pernah putus. Dalam peti sejuk penuh dengan air ketum. Badan dia semakin susut. Dari size pinggang 40 jadi 34. Boleh nampak tulang dah. Selera makan pun kurang.

Dia asyik dengan air ketum. Saya tengok dia minum kalah orang minum air masak. Setiap jam nak kena minum. Duit gaji tak pernah cukup. Saya sedih bila nampak mesej kawan dia mintak hutang. Suami beli ketum sampai berhutang. Hisap rokok pun makin kuat.

Luah si isteri lagi, dia yang perlu menanggung belanja dapur dan sewa rumah kerana suami tak cukup duit. Malah, suami hampir naik tangan apabila marah.

Isteri yang semakin tertekan tak tahu bagaimana nak menyelesaikan masalah rumahtangganya. Dia tidak mahu anak yang semakin membesar terganggu emosinya disebabkan perkara sebegini.

Perkongsian penuh:

Kredit: Facebook AADK Besut

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas