Connect with us

Oh! Media

“Air Mata Bertakung Di Matanya” – Fahmi Hembus Nafas Terakhir Lepas Ibu Bisik Syahadah

Ohmedia fahmi

Trending

“Air Mata Bertakung Di Matanya” – Fahmi Hembus Nafas Terakhir Lepas Ibu Bisik Syahadah

Kanak-kanak 10 tahun, Mohamad Fahmi Hafiz disahkan meninggal dunia selepas beberapa hari kritikal akibat tercekik gula-gula kenyal.

BACA: Murid 10 Tahun Disahkan Meninggal Dunia Selepas Tercekik Gula-Gula ‘Gummy’

Lapor Harian Metro, arwah menghembuskan nafas terakhir di samping bapa, Mohamad Fakhruddin Mohamad Fikri dan ibunya, Nuraini Mohamad Isa.

IKLAN

Fahmi pergi selepas ibu bisik syahadah

480642032 2177289469333797 7069276281370034230 n

Berkongsi detik-detik terakhir, Fakhruddin berkata, mereka reda dengan pemergian anak yang disifatkan sebagai seorang yang ceria.

Kami beritahu reda jika dia hendak pergi, dan dia pergi dengan tenang selepas isteri saya bisik kalimah syahadah di telinganya.

Jelasnya lagi, walaupun anak pergi terlalu cepat sekurang-kurangnya dia tidak menanggung kesakitan lagi.

Menurut bapa, mereka sekeluarga sempat melawat Mohamad Fahmi sebelum pemergiannya sekitar jam 11 malam.

Ada air mata bertakung di matanya, dia pergi dalam keadaan cukup tenang seolah-olah sedang tidur.

Adik perempuan Mohamad Fahmi, Nufa Fakhira yang berusia 4 tahun, turut hadir dan memanggil abangnya untuk mandi kolam bersama, tanpa menyedari keadaan sebenar.

Kritikal selama beberapa hari

480451006 2177304045999006 729878290556324998 n

Jenazah Mohamad Fahmi dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk proses bedah siasat yang dijadualkan pada jam 9 pagi ini. Selepas itu, jenazah akan dibawa pulang ke Permatang Binjai, Penaga untuk urusan pengebumian.

Tangan yang menjaganya sejak kecil akan mandikan dan kafankannya, saya tidak pasti bagaimana akan saya lakukan nanti. Terima kasih kepada semua yang mendoakan anak saya.

Terdahulu, media melaporkan kejadian tidak dijangka ini berlaku sekitar jam 2.30 petang ketika Mohamad Fahmi dipercayai tercekik gula-gula kenyal yang dibelinya di luar kawasan Kelas Quran dan Fardhu ‘Ain (Kafa).

Mangsa dikatakan rebah ketika hendak ke tandas sebelum gurunya menghubungi pasukan perubatan. Pegawai kesihatan yang tiba di lokasi berjaya mengeluarkan gula-gula dari mulut mangsa, namun masih tidak sedarkan diri.

Ohmedia fahmi

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas