Connect with us

Oh! Media

Heret Polis Lepas Kantoi Kereta Bergoyang, Pasangan Kekasih Dihadap Ke Mahkamah Hari Ini

Eb6886c7 a104 45d4 b370 166067d1eaa2

Trending

Heret Polis Lepas Kantoi Kereta Bergoyang, Pasangan Kekasih Dihadap Ke Mahkamah Hari Ini

Baru-baru ini tular di media sosial pasal satu video yang menunjukkan pemandu Perodua Alza merempuh polis selepas kantoi buat perkara tak senonoh dalam kereta. Masalahnya kering betul ye sampai buat macam tu sekali. Kesian kat polis tu terpaut jer kat depan kereta.

BACA: (Video) Kereta Bergoyang, Pemandu Alza Nekad Heret Polis Lepas Kantoi Berjimak Dalam Kereta

D6be8b6d 8105 491a ba76 3182cc13085c

Menurut laporan Harian Metro, sepasang kekasih itu bagaimanapun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi atas tuduhan khianat dan mencederakan anggota polis pada hari kejadian.

IKLAN

Muhammad Asraf Zulkefli yang berusia 19 tahun mengaku bersalah dan pasangannya, Umiezatul Asyikin Nasrun yang berusia 20 tahun tidak mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat dan minta untuk dibicarakan kes.

Kejadian itu juga menyebabkan seorang anggota polis yang bertugas cedera. Bukan tu jer, tertuduh juga didakwa telah melakukan khianat dengan merosakkan motosikal milik anggota polis itu yang menyebabkan kerugian sebanyak RM1,060. 

Lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan manakala pasangannya dituduh bersubahat terhadap kedua-dua tuduhan yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Walaubagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan setelah tertuduh merayu jaminan dikurangkan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas