Trending
(Video) Kereta Bergoyang, Pemandu Alza Nekad Heret Polis Lepas Kantoi Berjimak Dalam Kereta
Apa sudah jadi? Semalam tular satu video menunjukkan pemandu Perodua Alza tekad merempuh polis selepas kantoi lakukan perkara tak senonoh di dalam kereta bersama pasangannya.
Kejadian itu berlaku di tapak letak kereta sebuah taman awam berhadapan McDonald’s Bandar Baru Bangi, Selangor.
Dalam video menunjukkan beberapa anggota polis sedang cuba menahan pasangan kekasih yang didakwa sedang berjimak di dalam kereta. Bagaimanapun, pemandu Alza terbabit bertindak ganas dan polis seorang anggota polis bertindak melompat ke atas bonet kenderaan sebelum diheret.
nak pergi hotel tak mampu, romen kat parking mcd kantoi pulak huhuhu kesian polis tu 2 marhalah kena bawak. pic.twitter.com/gZYiWHlOGm
— mirza (@MirzaAmirin) March 9, 2021
Berdasarkan laporan, pihak polis yang diseret dalam keadaan selamat selepas berjaya turun di satu persimpangan. Suspek berjaya melarikan diri tetapi pihak polis telah berjaya mengesan berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan asal dari Semenyih.
Kredit: Twitter @mirzaamirin
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

