Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Hazeman Huzir Derma Rambut Untuk Pesakit Kanser Undang Pujian Netizen

Baru-baru ini tular di media sosial, nama pengacara, Hazeman Huzir kembali menjadi perhatian netizen kerana mendermakan rambutnya kepada pesakit kanser. Biar betul?

BACA: “Rupanya Mak Mak Orang” – Influencer Bod*hkan Perempuan Komen Gatal Masa Live Dengan Orang Palestin

IKLAN

Menerusi hantaran di Instagram, Hazeman Huzir berkongsi dia telah membuat keputusan untuk memotong rambutnya dan mendermakan ke pesakit kanser melalui NGO yang berdaftar.

Katanya, rambut yang diderma boleh digunakan untuk meningkatkan keyakinan diri pesakit ini selepas kehilangan rambut disebabkan kimoterapi.

Tak mengapa rambut boleh tumbuh balik. Lagi pun saya memang wakafkan seluruh tubuh saya dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Saya potong rambut buat wakaf pesakit kanser. Rambut saya akan dijadikan wig (rambut palsu) oleh NGO.

Dia juga sempat mengikuti trend hangat di media sosial, ‘Mak saya suruh break, dia tak suka lelaki rambut panjang’ yang memaparkan penampilan barunya setelah berambut pendek.

Nantilah Haze explain in detail dalam video yang lain. Setiap step derma tu Haze record.

Pengacara ini menjelaskan rambut palsu asli lebih mudah diuruskan berbanding buatan sintetik kerana boleh dicuci dan dikeringkan seperti biasa.

So mahal sikit kalau banding dengan wig synthetic.

Menjengah komen, rata-rata netizen juga memuji perbuatan pengacara dan ramai yang nak buat sama macam ni jugak tau!

Wah bagusnya Hazeman sanggup potong rambut dan derma ke orang yang lebih memerlukan. Semoga makin ramai yang ikut jejak dia ni. Amin…

Kredit: Instagram @hazemanhuzir

+ Baca repon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas