Connect with us

Oh! Media

Harga RON97 Terlalu Mahal, Pengguna Kereta Mewah Beralih Arah Ke RON95

Trending

Harga RON97 Terlalu Mahal, Pengguna Kereta Mewah Beralih Arah Ke RON95

Ketika ini, kita dikejutkan dengan lonjakan harga barangan di pasaran sehingga menyebabkan barangan mentah seperti ayam sukar untuk didapati ketika ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Bekalan Makanan Kurang, MB Perak Saran Rakyat Tanam Sayur, Ternak Haiwan

Bukan itu sahaja, kenaikan harga minyak petrol juga memeningkan kepala pengguna di negara ini khususnya pengguna kereta berjenama mewah yang menggunakan minyak jenis RON97.

Pengguna mula beralih arah ke RON95

Tinjauan dibuat Free Malaysia Today mendapati bahawa kenaikan harga minyak secara mendadak mengakibatkan pemilik kenderaan yang menggunakan minyak RON97 kini beralih menggunakan RON95 walaupun mereka menggunakan kereta mewah.

Antaranya ialah Neo Woon, seorang pemilik kenderaan mewah jenis BMW yang bertukar kepada RON95 selepas hampir lima tahun menggunakan RON97.

Walaupun berat hati dan sayangkan enjin kereta bila pakai RON95 kerana kualitinya berbeza berbanding RON97, saya tiada pilihan sebab tak mampu lagi buat masa ini.

Perasaan yang sama juga dikongsi seorang pemuda, Shahir Hamzah yang menggunakan kenderaan jenis Mercedes-Benz.

Bila tukar kepada RON95, saya boleh jimat RM400 hingga RM500 sebulan. Jumlah itu boleh beli barang asas dapur untuk kami sekeluarga sebulan.

RON97 mencecah RM4.70 seliter

Harga petrol RON97 yang sebelum ini berharga RM4.33 seliter kini meningkat sebanyak RM4.70 seliter bagi tempoh 26 Mei hingga 1 Jun 2022.

Kementerian Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz berkata bahawa harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Walau bagaimanapun, bagi melindungi pengguna dan rakyat daripada kesan kenaikan harga minyak, kerajaan ketika ini masih lagi mengekalkan harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Kredit: Free Malaysia Today

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas