
Trending
Bekalan Makanan Kurang, MB Perak Saran Rakyat Tanam Sayur, Ternak Haiwan
Oleh
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memberitahu Astro Awani ketika ditemui di Program Agrofest Perbadanan Pembangungan Pertanian Negeri Perak (SADC) agar rakyat negeri Perak khususnya untuk menanam sendiri sayuran dan memelihara haiwan ternakan bagi kegunaan sendiri berikutan kekurangan bekalan makanan yang dihadapi negara pada ketika ini.
Kata Saarani, langkah tersebut merupakan salah satu inisiatif untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat kenaikan harga produk pertanian dan penternakan.
“Sayur-sayuran boleh ditanam manakala kambing, lembu, kerbau dan ayam boleh diternak untuk kegunaan sendiri serta boleh dijual sekiranya bekalan itu berlebihan.”#AWANInews #AWANI745 https://t.co/d1w5wgx9Kd
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) May 31, 2022
Ujarnya, sayuran boleh ditanam serta haiwan ternakan seperti kambing, lembu, kerbau dan ayam boleh diternak rakyat bagi kegunaan sendiri serta boleh dijual sekiranya ia berlebihan.
“Sebab itu saya kempen di merata tempat supaya apa yang kita hendak makan, kita tanam dan ternak sendiri supaya kita tidak terlalu bergantung kepada bekalan dari luar.” jelasnya lagi.
Di ruangan komen perkongsian Astro Awani, pelbagai respon yang ditinggalkan netizen. Ada yang mempersoalkan bagaimana orang yang tinggal di rumah kawasan bandar nak tanam sayur atau bela haiwan?

Kredit: Astro Awani | Beautifulnara
