Connect with us

Oh! Media

“Harga Ais Naik RM0.50 Sebungkus? Ianya Tidak Sepatutnya Berlaku” – Ismail Sabri

Ismail Sabri

Trending

“Harga Ais Naik RM0.50 Sebungkus? Ianya Tidak Sepatutnya Berlaku” – Ismail Sabri

Sebelum ini kecoh isu kenaikan harga barangan yang buatkan rakyat tidak senang duduk. Harga ais pun dikatakan naik sehingga RM0.50, biar betul?

BACA : Harga Telur Naik Berpunca Dari Harga Makanan Ayam Naik

Menurut laporan Harian Metro, syarikat pengeluar ais tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menaikkan harga ais di pasaran dan perkara ini dikatakan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

IKLAN

Peningkatan harga ais tidak sepatutnya berlaku kerana harga air dan elektrik tidak ada kenaikan. Katanya lagi, jika kita nak bandingkan dengan roti, kenaikan itu adalah berpunca daripada peningkatan harga gandum kerana Malaysia tidak menanam gandum sebaliknya mengimportnya dari luar negara.

Perkara ini buatkan Ismail Sabri menegaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menjalankan kajian terperinci tentang faktor kos pengeluaran.

Kerajaan tidak mahu rakyat terbeban dengan peningkatan harga barangan keperluan disebabkan faktor kos pengeluaran.

Kepada semua pihak diluar sana, janganlah sesekali ambil kesempatan tambah-tambah lagi apabila tengah ‘trending’ semua harga barang naik. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas