Connect with us

Oh! Media

Harga Telur Naik Berpunca Dari Harga Makanan Ayam Naik

Telur ayam

Trending

Harga Telur Naik Berpunca Dari Harga Makanan Ayam Naik

Isu kenaikan harga telur ayam semakin diperkatakan sejak kebelakangan ini. Untuk pengetahuan, tindakan pengeluar yang terpaksa menaikkan kos di ladang antara sebab harga telur ayam di negeri Perak naik. Semua benda harga naik susah juga ni. 

ADVERTISEMENT

BACA : Tular Harga Sayur Naik Mendadak, KPDNHEP Beri Maklum Balas

Menurut laporan Sinar Harian, pihak berkuasa telahpun melakukan pemeriksaan dan mendapati harga telur ayam naik berpunca daripada peningkatan kos makanan ayam di pasaran dunia kini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat beberapa peniaga runcit dikesan telahpun menaikkan harga telur. 

Disebabkan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak telah melakukan tindakan proaktif dengan mengeluarkan surat pemberitahuan yang telah menaikkan harga melampau agar membuat semakan penyelarasan harga jualan mereka.

Sejak 13 Oktober lepas, pihak KODNHEP Perak telah mengeluarkan 83 surat pemberitahuan semakan penyelarasan harga dan 12 notis di bawah Akta Kawalan Harga.

Apa nak jadi kalau kebanyakan barang keperluan ataupun makanan harga naik, betul tak? Kalau gaji pun naik sekali tak kisahlah kan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas