Trending
“Hantar Ke Private, International School” – Netizen Perli Ibu Demand Nak Tandas Duduk Di Sekolah
Seorang wanita menerima kritikan gara-gara bertanyakan sekolah mana di Ampang menyediakan tandas jenis duduk. Menurutnya, kebanyakan rumah-rumah zaman kini menggunakan tandas duduk tetapi di sekolah yang ada hanyalah tandas cangkung.
BACA: Cangkung Atas Tandas Duduk?
Menjawab kepada pertanyaan itu, seorang individu secara halus mencadangkan ibu ini menghantar anaknya ke sekolah swasta yang sudah tentu selesa.

Katanya lagi, ibu bapa yang jenis ‘demanding’ dan ‘micromanage’ seperti ini tidak sesuai menghantar anak ke sekolah kerajaan.
Iyalah, sudah tentu ibu bapa tidak dapat memanjakan anak dengan persekitaran selesa di sekolah biasa. Individu ini ‘tepuk dahi’ memikirkan ada ibu bapa yang risau mengenai jenis-jenis tandas.
Meninjau ke ruangan Twitter, masing-masing berkongsi pengalaman berhadapan dengan ‘tandas’ sekolah. Ada yang terpaksa menahan pintu ketika membuang air kerana selaknya telah tercabut.



Rata-rata berpendapat ibu bapa sepatutnya mengambil berat mengenai kebersihan tandas atau kelengkapan fasiliti yang lain. Isu tandas duduk atau tandas cangkung tidak perlu diperbesarkan.
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM