Connect with us

Oh! Media

“Hang Akan Betul-Betul Bertemu Dengan Tiger Of Al-Quds” – Caprice Nak PU Syed Mohon Maaf

Trending

“Hang Akan Betul-Betul Bertemu Dengan Tiger Of Al-Quds” – Caprice Nak PU Syed Mohon Maaf

Penyanyi rap Caprice memberi masa 24 jam kepada Pencetus Ummah (PU) Syed yang didakwa secara tiba-tiba memetik mengenai aurat isterinya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Buat Caprice Urus Aurat Isteri Dahulu Baru Layak Jadi Tiger Of Al-Quds!” – PU Syed

Penyanyi ini turut mempersoalkan apa kaitan kes jenayah amang seksual dengan aurat isterinya sehingga penceramah itu menulis seperti itu.

“Tiba-tiba nak petik bini Cap”

Menerusi satu screenshot, Caprice dilihat telah menghantar mesej bertanyakan sendiri kepada PU Syed namun nampaknya mesej itu belum dijawab ketika ianya dimuat naik.

caprice pu syed
aurat isteri caprice

Caprice memberi amaran kepada penceramah ini supaya tidak sesekali melibatkan keluarganya dalam hal ini. Jika tidak, Caprice mendakwa dia juga akan membongkar rahsia PU kepada umum. Fuh panas betul ni.

pu syed caprice
tiger of al-quds

Terdahulu, PU Syed memberi respon kepada dakwaan orang ramai bahawa dia hanya ‘senyap’ dan didesak memberi ulasan kes amang seksual PU Azman.

Jelas PU Syed, dia tidak diam sebaliknya menyerahkan siasatan kes kepada pihak polis. Jika terbukti bersalah hukuman sewajarnya harus dikenakan.

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas