Connect with us

Oh! Media

“Buat Caprice Urus Aurat Isteri Dahulu Baru Layak Jadi Tiger Of Al-Quds!” – PU Syed

Cover Photo Om 1200 X 675 13

Trending

“Buat Caprice Urus Aurat Isteri Dahulu Baru Layak Jadi Tiger Of Al-Quds!” – PU Syed

Pencetus Ummah PU Syed menjawab dakwaan dia hanya berdiam diri mengenai kes amang seksual melibatkan PU Azman kini.

Dalam satu hantaran di Instagram, PU Syed meluahkan rasa pelik apabila ada pihak tak puas hati dan mendesak beliau mengulas isu yang masih dalam siasatan polis.

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak turut memetik nama Caprice yang kini sedang rancak membuat siasatan sendiri katanya.

IKLAN

PU Syed tegur Caprice urus aurat isteri dulu

Penceramah ini sempat buat selingan menasihati Caprice supaya menguruskan aurat isteri barulah layak digelar Tiger of Al-Quds.

Bahkan sekarang Caprice juga semakin rancak dok up “siasatan sendiri” dengan mengatakan ada “mangsa” yang mengadu sendiri kepadanya..

Untuk selingan, buat Caprice urus aurat isteri dahulu..baru layak jadi Tiger of Al-Quds!

Jelasnya lagi, beliau tidak senyap tapi menyerahkan siasatan kepada pihak polis. PU Syed menafikan dakwaan ‘diam’ hanya kerana mereka mengenali antara satu sama lain.

Jika mereka bersalah..hukumlah..dengan neraca keadilan yang ada. Namun jika mereka tidak bersalah maka mereka akan bebas atas tuduhan yang dikenakan.

Netizen toksah nak jadi hakim sangat!

Tambah beliau, kes ini sedang berjalan jadi sebaiknya biarlah mahkamah yang menentukan sama ada bersalah atau tak.

Kredit: PU Syed

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas