Connect with us

Oh! Media

Hafizh Syahrin Sah Tidak Beraksi Kejuaraan Motosikal Dunia Tahun Depan

43eee90c 1fab 4bb0 924a 214e1299ca79

Trending

Hafizh Syahrin Sah Tidak Beraksi Kejuaraan Motosikal Dunia Tahun Depan

Sebelum ini terlapot laporan mengenai ura-ura pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin yang akan bersara selepas Kejuaraan Motosikal Dunia pada tahun ini ternyata benar.

BACA : “Lapan Tahun Memori Pahit Dan Manis Di Kejuaraan Dunia, Terima Kasih” – Hafizh Syahrin Nak Bersara?

Menurut laporan Berita Harian, tahun ini merupakan tahun terakhirnya dia beraksi dalam Kejuaraan Motosikal Dunia dan terdapat beberapa faktor yang membuatkan dia mengambil keputusan ini.

IKLAN

Saya sebenarnya sudah buat sehabis baik dengan jentera saya. Mungkin saya dan pasukan tidak dapat cari cara mana lagi untuk tingkatkan prestasi jentera.

Hafizh juga turut memaklumkan faktor lain iaitu disebabkan kekangan kewangan kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri kepada pasukan yang berpengkalan di Eropah. 

Saya bukan tidak minat cara macam itu tapi saya yakin mampu bersaing dengan yang lain. Jadi kenapa saya perlu bawa duit untuk pasukan?

Kemudian kalau saya tak dapat apa yang saya inginkan terutama prestasi jentera, saya rugi macam itu saja.

Walaubagaimanpun, pelumba berusia 27 tahun itu tidak menolak untuk beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) atau Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) sekiranya berkesempatan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas