Connect with us

Oh! Media

“Lapan Tahun Memori Pahit Dan Manis Di Kejuaraan Dunia, Terima Kasih” – Hafizh Syahrin Nak Bersara?

Hafizh Syahrin

Trending

“Lapan Tahun Memori Pahit Dan Manis Di Kejuaraan Dunia, Terima Kasih” – Hafizh Syahrin Nak Bersara?

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mempunyai baki tiga pusingan saja lagi di Kejuaraan Motosikal Dunia pada tahun ini dan akan bersara selepas ini, biar betul?

ADVERTISEMENT

BACA : Hafizh Syahrin Bertongkat Selepas Terlibat Kemalangan Ngeri Semalam

Menurut laporan Berita Harian, perkara ini mencetuskan tanda tanya selepas Hafizh sendiri memuatnaik satu Instagram Story yang menggamit perjalanan kariernya sejak 2014 lepas.

Lapan tahun memori pahit dan manis di Kejuaraan Dunia. Terima kasih semua yang support (sokong) saya sampai sini dan bantu saya selama ini.

Saya takkan lupa anda semua, mana yang baik saya ambil, yang buruk saya lupakan. New things (sesuatu yang baharu) saya akan bagi tahu anda, bila kena dengan masa. Anda semua terbaik, terima kasih semua.

Pelumba yang berusia 27 tahun yang menyertai pasukan NTS RW Racing GP itu telah menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat di tempat ke-20 selepas bermula dari petak ke-27.

Semalam, dia telah melengkapkan 18 pusingan perlumbaan di Circuit Of The Americas (COTA) dengan catatan 39 minit 50.179 saat.

Hafizh kini berada di tangga ke-28 keseluruhan dalam carta pelumba Moto2 dengan lapan mata selepas perlumbaan di Amerika Syarikat.

Apapun, perkara ini masih belum disahkan dan kita tunggu sehingga ianya diumumkannya sendiri.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas