Connect with us

Oh! Media

Greta Thunberg Enggan Diangkat Sebagai Hero, Tegaskan Pemimpin Gagal Bertindak Untuk Gaza

Ohmedia greta Thurbeg

Trending

Greta Thunberg Enggan Diangkat Sebagai Hero, Tegaskan Pemimpin Gagal Bertindak Untuk Gaza

Greta Thunberg kecam pemimpin dunia selepas dibebas tentera Israel, mendakwa mereka gagal pertahankan hak asasi manusia dan isu sebenar ialah penderitaan rakyat Gaza.

Gadis muda dikenali sebagai Greta Thunberg antara 171 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang dibebaskan Israel semalam.

Ketika ditemui orang ramai di lapangan terbang, Greta berkata, dia enggan diangkat sebagai hero dan menjelaskan misi GSF perkara paling asas (bare minimum) yang boleh dilakukan mereka selepas pemimpin gagal bertindak di atas kekejaman Israel.

Greta mahu dunia beri tumpuan kepada Gaza, Palestin

Malah, Greta enggan menjadikan dirinya yang dizalimi semasa ditahan sebagai isu utama, dia menegaskan hal yang perlu diberi keutamaan adalah kebebasan rakyat Palestin.

IKLAN

Dalam video yang dimuat naik di Instagram, Greta menegaskan bahawa penahanannya adalah bukti jelas kegagalan pemimpin dunia untuk bertindak mempertahankan prinsip yang mereka sendiri sering laungkan.

Mereka sering bercakap tentang pentingnya mempertahankan undang-undang antarabangsa serta memastikan bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza. Namun apabila kami cuba melaksanakan perkara itu secara aman dan sah, mereka gagal menjamin keselamatan kami.

Jelasnya, GSF adalah mengenai solidariti dengan rakyat Palestin yang dinafikan haknya sejak bertahun-tahun lamanya, bukan bermula pada Oktober 2023.

Namun, misi bantuan yang dijalankan mereka disekat apabila mereka telah diculik di perairan antarabangsa.

Greta

Ini jelas sekali menunjukkan Israel telah melanggar undang-undang dan pemimpin tidak seharusnya berdiam diri.

Tambahnya, Israel telah menjalankan propaganda yang sama dengan menuduh orang lain pengganas sedangkan mereka tiada bukti pun.

Pssttt! Keberanian Greta Thunberg sekali lagi membuktikan bahawa perjuangan kemanusiaan tidak mengenal sempadan. Walau ditekan, dia tetap bersuara untuk Gaza adalah sesuatu yang sepatutnya dicontohi oleh para pemimpin dunia.

Kredit: Instagram Greta Thunberg
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas