Connect with us

Oh! Media

Geram Harga ‘Bid’ Terlalu Rendah, Peniaga Naik Hantu Koyakkan Baju Jualan Di Live

Peniagabundle

Trending

Geram Harga ‘Bid’ Terlalu Rendah, Peniaga Naik Hantu Koyakkan Baju Jualan Di Live

Di zaman yang serba moden dan canggih ini, jualan secara ‘live’ di media sosial merupakan satu cara yang sangat membantu para peniaga untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

BACA: Orang Ramai Terkejut, Peniaga Bundle Ini Jual Topi ‘Dua Alam’ Harga Hampir Sejuta!

Hampir setiap malam, ada sahaja jualan dibuat secara ‘live’ di platform media sosial seperti TikTok dan Facebook yang dilihat mampu memberikan pulangan dan keuntungan yang lumayan buat peniaga.

IKLAN

Peniaga bundle ‘koyak’ ketika live

Tular di Twitter satu video memaparkan seorang peniaga bundle yang membuat ‘live’ menjual barangan bundle dengan cara membuka harga ataupun ‘bidding’ kepada pelanggan.

Menerusi video dimuatnaik Asyraf Rosli itu, dapat dilihat peniaga tersebut menendang patung serta mengoyakkan sehelai baju yang hendak dijual sewaktu ‘live’ tersebut berlangsung.

Difahamkan lelaki tersebut berang dengan harga ditawarkan pembeli-pembeli kerana harga tersebut disifatkan sebagai terlalu rendah berbanding dengan harga sasarannya.

Dia tak faham cara ‘bid’ lah tu

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan peniaga itu serta ada yang mengatakan bahawa peniaga tersebut tidak memahami cara ‘bid’ iaitu peniaga perlu meletakkan harga sasarannya terlebih dahulu sebelum membuka harga kepada pembeli.

Screenshot 2022 08 17 at 213553
Screenshot 2022 08 17 at 213607
Screenshot 2022 08 17 at 213613
Screenshot 2022 08 17 at 213634

Mungkin brader ni baru pertama kali meniaga barang bundle kot, jadi dia tak faham cara ‘bid’ yang sebenar.

Kredit: Twitter Asyrafrosli_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas