Connect with us

Oh! Media

Orang Ramai Terkejut, Peniaga Bundle Ini Jual Topi ‘Dua Alam’ Harga Hampir Sejuta!

peniaga bundle

Oh! Tidak

Orang Ramai Terkejut, Peniaga Bundle Ini Jual Topi ‘Dua Alam’ Harga Hampir Sejuta!

Sesiapa yang selalu pergi bundle, mesti tahu kalau harga baju yang limited edition atau rare, peniaga akan letakkan dengan harga yang sangat tinggi kan? Baru-baru ni, tular di media sosial peniaga bundle jual topi lama dengan harga hampir sejuta ringgit Malaysia!

ADVERTISEMENT

BACA: Amar Asyraf Mengalir Air Mata Zizan Borong Baju Bundle Dan Sambal RM1,000

Menerusi laporan Kosmo, topi yang dijual itu dikatakan topi lama yang dikeluarkan sebelum Perang Dunia ke-2. Topi itu ditawarkan dengan harga RM800,000 dan telah mengejutkan ramai orang yang melihat live peniaga bundle tersebut.

Harga yang ditawarkan sangat melebih-lebih dan tidak masuk akal, dah macam boleh beli rumah sebiji dengan harga RM800k tu!

Ramai netizen yang tidak puas hati dengan harga yang ditawarkan itu. Kata mereka, lebih baik duit itu buat beli rumah atau beli sesuatu yang lebih berbaloi.

peniaga bundle
peniaga bundle

Memang hebat la dia boleh tawarkan dengan harga yang sangat tinggi. Kalau korang tengok live tu, Peniaga bundle tu ada sebut topi ni ‘separa Jakarta’. Mungkin itu la yang dipanggil sebagai tapi ‘dua alam’, separuh dari topi tu asal Jakarta. Hahaha.

Macam-macam la orang sekarang ni, makin pelik-pelik harga yang ditawarkan untuk jual barang kan?

Harap semua yang baca ni jadi orang yang bijak berbelanja okay! Kalau duit dah terlebih-lebih, tak tahu nak buat apa, bolehlah beli!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas