
Trending
Gadis Dilaporkan Hilang Selepas Keluar Rumah Di Klang Ditemui Selamat Di Terengganu
Seorang gadis yang dilaporkan hilang pada 3 Oktober lalu selepas keluar dari rumahnya di Taman Sungai Kapar Indah, Selangor telah ditemui selamat, semalam.
Difahamkan, gadis yang berusia 25 tahun itu telah ditemui selamat di Terengganu.
Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, laporan tentang kehilangan wanita itu telah dibuat oleh ahli keluarganya.
Hebahan berkaitan kehilangan gadis terbabit kemudiannya dilakukan sebelum dia sendiri tampil di Balai Polis Kuala Terengganu untuk membuat laporan.
Gadis itu memaklumkan bahawa dia keluar secara sukarela untuk mencari pekerjaan di Terengganu dan dalam keadaan selamat.
S Vijaya Rao berkata, orang ramai dinasihatkan untuk memaklumkan kepada ahli keluarga atau rakan sebelum meninggalkan rumah.
Kalau keluar rumah untuk sebarang tujuan sama ada mencari pekerjaan, tolong maklumkan kepada ahli keluarga, jangan keluar tanpa pengetahuan mereka.
Ibu bapa serta keluarga pasti akan risau sekiranya kita keluar tanpa memaklumkan kepada mereka, jangan sesekali pandang remeh berkaitan perkara tersebut.
Sebelum ini, gadis tersebut telah dipercayai hilang setelah keluar dari rumahnya tanpa pengetahuan keluarga.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian
