Trending
Hilang Sejak 4 September, Suspek Mengaku Campak Sabari Dalam Sungai Dengan Tangan Diikat
Pada
Oleh
Siasatan kes orang hilang iaitu Sabari Baharom dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) selepas mangsa disyaki dibunuh.
Memetik laporan Buletin TV3, perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan dua orang suspek berusia 26 dan 38 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan telah ditahan.
Hasil soal siasat, suspek mengaku mencampak mangsa ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang di Kubang Pasu dalam keadaan tangan diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.
Namun, mangsa masih gagal ditemui dan usaha pencarian masih dilakukan. Pihak polis menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan menghormati keluarga mangsa.

Terdahulu, anak mangsa menghebahkan mengenai kehilangan bapa mereka sejak 4 September lalu. Proton Waja milik mangsa kemudian ditemui terbakar kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik.
Pada ketika itu, anak mangsa percaya bapa masih hidup berikutan terdapat pemindahan wang dilakukan ke akaun individu yang tidak dikenali.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Buletin TV3
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Jurugambar nafi hantaran adalah 'ragebait', menegaskan ianya benar-benar berlaku.
Isu Network School, JIM kesan 19 individu yang masih gagal dikesan.
K!DZ Pop Con Asia 2026 sarat dengan aktiviti pop culture, pembelajaran dan hiburan interaktif.
Influencer kantoi edit rekod marathon, pengurus tampil beri penjelasan.
Dana Syed Saddiq berjaya mencecah RM361,848 dalam dua hari, sekali gus melepasi sasaran awal RM200,000.