Trending
Fazura ‘Dilamar’ Ketika ‘Live’, Ini Respon Tuan Badan!
Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura kembali menjadi tumpuan ramai apabila melakukan sesi siaran langsung di TikTok bersama anaknya, Fatima semalam.
Seperti biasa, Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin melayan pertanyaan dan komen peminatnya dengan penuh santai dan mesra.
Apa yang mencuri perhatian adalah ketika salah seorang peminat bergurau dengan melamar Fazura dan jawapan bersahaja pelakon itu membuatkan ramai tersenyum.
Allahu, idah tak habis lagi nak kahwin macam mana.
“Ramai yang bakal disaman” – Fazura
Fazura juga sempat menjawab persoalan tentang kes saman yang sedang berjalan dan mendedahkan yang ramai individu telah dikenal pasti untuk tindakan undang-undang.
Ramai sebenarnya dan kita dah kenalpasti ramai. Tapi tindakan tu tetap, ada yang keterlaluan sangat. Itu semua kita serahkan kepada polis dan Allah.
Fazura juga mengingatkan peminat agar tidak terlalu emosi dengan isu itu dan menyerahkan segala urusan kepada pihak berwajib.
Fazura serahkan semuanya pada Allah

Saya tahu ramai peminat yang geram dan sebagainya, saya harap semua bersabar. Saya tahu ramai yang sayangkan saya, tapi bersabar okay. Kita serahkan semuanya kepada Allah dan kita tak perlu buat apa-apa.
Walaupun sering menerima komen negatif dan kecaman, Fazura mengakui dia tidak terkesan. Baginya, setiap perbuatan manusia akan dinilai oleh Allah SWT.
Kata-kata Fazura itu bukan setakat menenangkan peminatnya, tapi juga menunjukkan kematangan dan kepercayaan terhadap takdir Ilahi.
#OhmediaNasihat
Daripada Fazura, kita boleh belajar pentingnya tenang menghadapi ujian dan kecaman. Tak perlu membalas dengan emosi, serahkan semuanya kepada Allah dan pihak yang berwajib. Yang penting, teruskan berbuat baik dan jaga diri daripada perkara negatif.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM