Trending
Kes Asid Faisal Halim: Polis Boleh Disaman? Ini Pandangan Datuk Zaid Ibrahim
Baru-baru ini, kes serangan asid terhadap pemain bola sepak Faisal Halim diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).
BACA: Faisal Halim Kecewa Kes Simbah Asid Diklasifikasikan Sebagai NFA
Keputusan ini telah menimbulkan rasa terkilan pemain itu termasuk peminat sukan bola sepak yang lain. Turut memberikan pandangan dalam isu ini adalah bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas Menteri Undang-Undang beri pandangan
Menurut Zaid, tindakan tersebut mengecewakan memandangkan serangan itu berlaku secara terang-terangan di khalayak ramai.
Tambah beliau, pasukan peguam Faisal yang kukuh seharusnya terus memperjuangkan kes ini hingga ke penghujung.
Polis boleh disaman jika cuai?

Zaid turut mengutarakan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak polis atas kecuaian awam (public misfeasance) sekiranya dapat dibuktikan mereka tidak menjalankan tugas seperti sepatutnya atau sengaja mengelak daripada membuat tangkapan.
Can Faisal sue the police? No statute confers a duty of care on the police to victims of criminal action, but a suit for public misfeasance is worth trying.
Beliau menegaskan bahawa sistem keadilan negara masih kurang telus dan penuh kerahsiaan, terutamanya dalam proses siasatan polis.
Beliau juga menyatakan bahawa keadilan sukar diperoleh jika pelaku jenayah merupakan individu berpengaruh atau tergolong dalam ‘kelas mafia’.
Pssttt! Jika benar berlaku kecuaian atau kelalaian dalam menjalankan siasatan, tindakan undang-undang adalah satu langkah penting bagi menuntut hak dan keadilan.
Kredit: Facebook Datuk Zaid Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM