Trending
Faisal Halim Kecewa Kes Simbah Asid Diklasifikasikan Sebagai NFA
Bintang Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim, meluahkan rasa kecewa apabila kes serangan simbahan asid terhadapnya tahun lalu diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).
Menurut laporan Kosmo, keputusan itu sukar diterima memandangkan insiden tersebut hampir meragut nyawa dan karier Faisal dan perkara ini dikatakan sendiri peguamnya, Nik Zarith Nik Moustpha.
Faisal jelas kecewa, tetapi dia faham ini adalah proses undang-undang. Kami telah berbincang untuk langkah seterusnya.
Peguam dakwa keputusan NFA terlalu awal

Seorang lagi peguam, Mohd. Haijan Omar turut menyuarakan kebimbangan bahawa keputusan NFA adalah tergesa-gesa, memandangkan kes ini melibatkan jenayah serius di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Ini jenayah berat, boleh dipenjara hingga 20 tahun. Kenapa tiada siapa ditahan? Kami minta AGC jangan tutup kes ini.
Pihak peguam juga telah menghantar surat rasmi kepada AGC pada 18 April untuk memohon agar siasatan dibuka semula dan masih menunggu maklum balas.
Faisal Halim bangkit semula, tapi trauma tetap ada

Walaupun fizikalnya dilihat pulih dan kembali ke padang dalam masa kurang setahun, peguamnya mengakui trauma yang dialami Faisal tidak mudah dilupakan.
Faisal sangat kuat, tetapi insiden ini pasti tinggalkan kesan mendalam. Kami akan pertimbang saman jika perlu.
Insiden tragik berlaku pada 5 Mei 2024, apabila Faisal disimbah asid di sebuah pusat beli-belah hingga melecur tahap empat. Beliau kemudian pulih dan kembali beraksi bersama Selangor FC serta dipanggil menyertai skuad kebangsaan pada Mac lepas.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM