Connect with us

Oh! Media

Hafiz Mahamad ‘Sponsor’ 3 Ke 6 Buah Bas Balik Kampung Sempena Aidilfitri

Befunky collage 1

Trending

Hafiz Mahamad ‘Sponsor’ 3 Ke 6 Buah Bas Balik Kampung Sempena Aidilfitri

Di bulan Ramadan yang mulia ini kita dituntut untuk perbanyakkan amal kebaikan lebih-lebih lagi terhadap mereka yang memerlukan.

BACA: PLUS Jangka Perjalanan Pulang Ke Kampung Lebih Panjang Terutama Sabtu, Ahad Ini

Peluang ini tidak disia-siakan oleh influencer terkenal, Hafiz Mahamad untuk melakukan amal kebaikan sempena bulan yang mulia ini.

IKLAN

Taja tiga hingga enam buah bas

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Hafiz yang juga merupakan pengasas kepada Ainaa Beauty berkongsi bahawa dia sudah berjaya mendapatkan tiga buah bas untuk ditaja kepada para pelajar dan mereka yang memerlukan untuk pulang ke kampung.

Hafiz turut berharap agar dengan adanya bas yang di taja ini, ia dapat meringankan beban dari segi kewangan buat mereka yang ingin pulang ke kampung sempena Aidilfitri yang bakal menjelma nanti.

Usahawan berjaya itu turut tidak mengenakan sebarang bayaran buat mereka yang bakal menaiki bas tersebut sebaliknya, hanya meminta agar mereka mendoakan kejayaannya.

Orang baik ramai sayang

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memuji dan berterima kasih dengan tindakan yang dibuat Hafiz dalam membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Screenshot 2022 04 27 at 121129

Untuk makluman, perkhidmatan bas percuma yang ditaja oleh Hafiz ini bakal bertolak dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur dan Utara pada hari Jumaat, 29 April nanti.

Kredit: Instagram Hafiz Mahamad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas