Connect with us

Oh! Media

“Elak Dilupuskan, Rakyat Perlu Tuntut Pasport Segera” – Datuk Seri Hamzah Zainudin

Pasport

Trending

“Elak Dilupuskan, Rakyat Perlu Tuntut Pasport Segera” – Datuk Seri Hamzah Zainudin

Sesiapa yang memperbaharui pasport secara dalam talian perlu menuntut pasport tersebut secepat mungkin bagi mengelakkan ia dilupuskan.

BACA: Tak Perlu Bersesak Lagi, Ini Rupanya Cara Mudah Perbaharui Pasport Ke Luar Negara

Memetik laporan Bernama, tempoh masa selama 90 hari diberikan kepada mereka untuk menuntut pasport yang telah dibuat.

IKLAN

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menjelaskan bahawa apabila seseorang itu telah membuat pasport, ia menjadi tanggungjawab kepada individu tersebut untuk menuntutnya.

Tambah beliau lagi, perkara ini juga selaras dengan peraturan yang telah termaktub di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia.

Bukan menjadi bidang kuasa kepada Jabatan Imigresen pula untuk hantar kepada mereka, walaupun diakui mungkin terdapat masalah tertentu yang menyebabkan pasport berkenaan gagal dituntut.

Untuk info, terdapat 2,600 pasport yang masih lagi belum dituntut individu yang memperbaharui secara dalam talian.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas