Connect with us

Oh! Media

Tak Perlu Bersesak Lagi, Ini Rupanya Cara Mudah Perbaharui Pasport Ke Luar Negara

pasport

Oh! Lifestyle

Tak Perlu Bersesak Lagi, Ini Rupanya Cara Mudah Perbaharui Pasport Ke Luar Negara

Nampaknya rakyat Malaysia sudah rancak lakukan aktiviti jelajah satu Malaysia mulai minggu ini. Tapi korang tahu tak yang selain melancong dalam negara, kita juga sudah dibenarkan untuk melancong ke luar negara.

ADVERTISEMENT

BACA: Pasport Jepun Paling Berkuasa Di Dunia Mengatasi Singapura

Jadi, siapa yang sudah lama tahan perasaan nak ke luar negara tu bolehlah perbaharui pasport di kaunter Jabatan Imigresen Malaysia.

Tidak perlu ke kaunter

Untuk memudahkan urusan semua orang yang merancang ke luar negara, kita juga boleh perbaharui pasport melalui laman web MyOnline Pasport.

Nak buat pembayaran juga boleh dilakukan secara online dan tidak perlu lagi bersesak di kaunter.

Boleh pilih mana-mana pejabat pengeluar yang disenaraikan

Sebaik sahaja selesai mendaftar dan lakukan pembayaran, kita hanya perlu memilih jabatan pengeluar yang berdekatan untuk mengambil pasport. Bagaimanapun, tarikh dan masa untuk mengambil pasport yang telah siap akan ditentukan sistem MyOnline Pasport.

Belum ada pasport? Ini syarat-syarat permohonan yang perlu korang ikuti

1. Pemohon mesti berumur 13 tahun ke atas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).

2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150).

3. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.

Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.

4. Pemohon mesti memuatnaik foto bersaiz pasport yang terbaharu.

A. Latar belakang foto mesti berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.

B. Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada

C. Bagi perempuan yang memakai tudung atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.

D. Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional. Gambar polaroid tidak dibenarkan.

5. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut;

A. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun: RM 200

B. Warga Emas (60 tahun keatas): RM100

6. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

7. Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.

8. Buku Pasport mestilah di dalam keadaan baik (tidak rosak,berconteng, terkena air).

9. Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah mengikut undang-undang di luar negara adalah tidak layak untuk menggunakan kemudahan permohonan pasport atas talian (MyOnline).

10. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama. (Pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, pasport tersebut tidak akan diserahkan).

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas